Masukkan kad SIM dan bateri
Pengeluaran selamat. Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Penting: Peranti ini direka bentuk untuk digunakan dengan kad SIM standard (lihat
rajah) sahaja. Penggunaan kad SIM yang tidak serasi boleh merosakkan kad atau peranti
dan boleh merosakkan data yang disimpan pada kad. Sila rujuk dengan operator mudah
alih anda untuk penggunaan kad SIM yang mempunyai potongan mini-UICC.
Kad SIM mungkin sudah dimasukkan ke dalam peranti. Jika tidak, lakukan yang berikut:
1 Keluarkan penutup belakang.
2 Keluarkan bateri, jika dimasukkan.
3 Luncurkan pemegang kad SIM, untuk membuka kuncinya.
6
Bermula
4 Angkat pemegang kad SIM ke atas.
5 Pastikan kawasan sentuhan bagi kad SIM menghadap ke arah peranti, dan
luncurkan kad SIM ke dalam pemegang kad SIM.
6 Rendahkan pemegang kad SIM ke dalam tempatnya. Luncurkan pemegang kad SIM,
untuk menguncinya.
7 Bariskan sentuhan bateri, dan masukkan bateri.
Bermula
7
8 Untuk menggantikan penutup belakang, pastikan kunci bahagian atas dimasukkan
ke dalam slotnya, dan tekan ke bawah sehingga penutup ditempatnya.
Jika kad SIM tidak dimasukkan dengan betul, peranti hanya boleh digunakan dalam
profil luar talian.