Nokia C5 03 - Mengecas bateri

background image

Mengecas bateri

Bateri anda telah dicaj separuh di kilang, tetapi anda mungkin perlu mengecasnya

semula sebelum anda boleh menghidupkan peranti anda untuk pertama kali. Jika

peranti menunjukkan cas rendah, lakukan yang berikut:
1 Sambungkan pengecas kepada alur keluar dinding.

2 Sambungkan pengecas kepada peranti.

3 Apabila peranti manunjukkan cas penuh, cabut pengecas daripada peranti,

kemudian daripada alur keluar dinding.

Anda tidak perlu mengecas bateri untuk tempoh masa yang khusus, dan anda boleh

menggunakan peranti semasa ia dicas. Jika bateri tidak mempunyai cas, ia mungkin

mengambil masa beberapa minit sebelum penunjuk mengecas muncul pada paparan

atau sebelum sebarang panggilan boleh dibuat.
Petua: Cabutkan pengecas daripada alur keluar dinding apabila pengecas tidak

digunakan. Pengecas yang disambungkan kepada alur keluar menggunakan kuasa

walaupun semasa ia tidak disambungkan kepada peranti.
Mengecas USB

Anda boleh menggunakan pengecas USB apabila alur keluar dinding tidak tersedia. Data

boleh dipindahkan semasa mengecas peranti. Keberkesanan kuasa mengecas USB

berbeza, dan ia mungkin mengambil masa yang lama untuk mengecas dimulakan dan

peranti mula berfungsi.
1 Gunakan kabel data USB yang serasi untuk menyambungkan peranti anda kepada

peranti USB yang serasi.

Bergantung pada jenis peranti yang digunakan untuk mengecas, ia mungkin

mengambil masa untuk mengecas bermula.

10 Bermula

background image

2 Jika peranti dihidupkan, pilih mod USB yang sesuai.
Hanya sambungkan peranti anda pada produk yang mempunyai logo USB-IF.