Perkhidmatan Nokia
Dengan perkhidmatan Nokia, anda boleh mencari tempat dan perkhidmatan baru serta
kekal berhubungan dengan rakan anda. Anda boleh melakukan, sebagai contoh, yang
berikut:
•
Muat turun permainan, aplikasi, video dan nada dering pada telefon anda
•
Cari laluan anda dengan navigasi berjalan dan pemanduan percuma, rancang
perjalanan dan lihat lokasi pada peta
•
Dapatkan akaun Mel Nokia percuma
•
Dapatkan muzik
Beberapa item adalah percuma, ada juga yang anda perlu bayar.
Perkhidmatan yang tersedia juga mungkin berbeza mengikut negara atau wilayah, dan
bukan semua bahasa disokong.
Untuk menggunakan perkhidmatan Nokia, anda memerlukan akaun Nokia. Apabila
anda mengakses perkhidmatan pada telefon, anda akan digesa untuk membuat akaun.
Untuk maklumat lanjut, pergi ke www.nokia.com/support.