Nokia C5 03 - Tindakan skrin sentuh

background image

Tindakan skrin sentuh
Buka aplikasi atau elemen skrin yang lain

Ketuk aplikasi atau elemen sekali.

Untuk melihat pilihan tersedia untuk item yang dibuka, pilih

Pilihan

atau, jika tersedia,

pilih ikon daripada bar alat.
Akses fungsi dengan pantas

Ketuk dan tahan item. Menu pop timbukl dengan pilihan tersedia terbuka. Sebagai

contoh, untuk menghantar imej, ketuk dan tahan imej, dan daripada menu pop timbul,

pilih pilihan sewajarnya.

Petua: Untuk melihat pilihan yang tersedia untuk item yang dibuka, seperti imej atau

klip video, ketuk skrinnya.
Pilih

Di dalam dokumentasi pengguna ini, membuka aplikasi atau item dengan

mengetuknya dipanggil “memilih”. Jika anda perlu memilih beberapa item dalam

jujukan, item menu yang dipilih dipisahkan oleh anak panah.

14 Bermula

background image

Sebagai contoh, untuk memilih

Pilihan

>

Bantuan

, ketuk

Pilihan

, dan kemudian ketuk

Bantuan

.

Seret item

Ketuk dan tahan item, dan gelangsarkan jari anda pada skrin. Item mengikuti jari anda.

Untuk menatal ke atas atau ke bawah pada laman web, seret laman dengan jari anda.

Leret

Letakkan jari pada skrin, dan gelangsarkan jari anda ke arah yang dikehendaki.

Semasa melihat imej, untuk melihat imej yang seterusnya atau sebelum, leret imej ke

kiri atau ke kanan, masing-masing.

Tatal

Untuk menatal ke atas atau ke bawah di dalam senarai yang mempunyai bar tatal, seret

gelangsar bar tatal.

Letakkan jari anda pada skrin, gelangsar ke atas atau ke bawah skrin, dan angkat jari

anda. Kandungan skrin menatal dengan kelajuan dan arah ia tuju pada masa ia

dilepaskan. Untuk memilih item daripada senarai tatal dan menghentikan pergerakan,

ketuk item.

Petua: Untuk melihat penerangan ringkas ikon, letakkan jari anda pada ikon.

Penerangan mungkin tidak tersedia untuk semua ikon.
Cahaya latar skrin sentuh

Cahaya latar skrin sentuh dimatikan selepas satu tempoh yang tiada aktiviti. Untuk

menghidupkan cahaya latar skrin, ketuk skrin.

Jika skrin sentuh dan kunci dikunci, mengetuk skrin tidak akan menghidupkan cahaya

latar skrin.

Bermula 15