Nokia C5 03 - Hak cipta dan notis lain

background image

Hak cipta dan notis lain

PENGISYTIHARAN PENGESAHAN

NOKIA CORPORATION dengan ini mengisytiharkan bahawa produk RM-697 ini mematuhi keperluan yang penting dan

peruntukan Arahan 1999/5/EC berkaitan yang lain. Satu salinan Pengisytiharan Pematuhan ini boleh didapati di http://

www.nokia.com/global/declaration .

Untuk produk yang dikeluarkan ke pasaran sebelum 1 Julai 2012, simbol isyarat digunakan untuk menunjukkan pengehadan

yang digunakan di Perancis untuk kefungsian WLAN. Berpandukan pada Keputusan EU 2009/812/EC, selepas 1 Julai 2012, simbol

isyarat tidak lagi digunakan untuk kefungsian WLAN dalam produk ini dan dengan itu boleh diabaikan walaupun ia masih hadir

pada produk.

© 2010 Nokia. Semua hak terpelihara.

Nokia dan Nokia Connecting People adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Nokia Corporation. Nokia tune

adalah cap bunyi Nokia Corporation. Lain-lain nama produk dan nama syarikat yang disebut di sini berkemungkinan adalah

tanda dagangan atau nama dagangan pemilik masing-masing.

Pengeluaran semula, pemindahan, pengedaran atau penyimpanan sebahagian atau semua kandungan dokumen ini dalam apa

juga bentuk tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Nokia adalah dilarang. Nokia mengamalkan dasar

pembangunan berterusan. Nokia berhak membuat perubahan dan peningkatan kepada sebarang produk yang diperihalkan di

dalam dokumen ini tanpa pemberitahuan terdahulu.

Java dan semua tanda berasaskan Java adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Sun Microsystems, Inc.

Tanda perkataan dan logo Bluetooth adalah milik Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda sedemikian oleh Nokia

adalah di bawah lesen.

Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 (i) untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial yang

berkaitan dengan maklumat yang telah dikodkan dengan mematuhi Piawai Visual MPEG-4 oleh pengguna yang terlibat dalam

124 Hak cipta dan notis lain

background image

kegiatan peribadi dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan yang berkaitan dengan video MPEG-4 yang disediakan oleh

pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan,

termasuk yang berkaitan dengan kegunaan promosi, dalaman dan komersil boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC. Lihat

http://www.mpegla.com.

Hingga setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, Nokia atau mana-mana pemegang

lesennya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan data atau pendapatan atau apa-apa kerosakan khas,

sampingan, turutan atau tidak langsung yang berlaku dalam apa jua keadaan sekali pun.

Isi kandungan dokumen ini dibekalkan "sebagaimana adanya". Kecuali seperti yang dituntut oleh undang-undang yang berkuat

kuasa, tiada sebarang jenis jaminan, sama ada yang nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan tersirat

bagi keperdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu, dibuat berkaitan dengan ketepatan, kebolehpercayaan atau

kandungan dokumen inI. Nokia berhak untuk menyemak dokumen ini atau menariknya balik pada bila-bila masa tanpa notis

terlebih dahulu.

Kejuruteraan berbalik perisian dalam peranti adalah dilarang setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat

kuasa. Setakat ini panduan pengguna ini mengandungi mana-mana batasan pada perwakilan, waranti, kerosakan dan liabiliti

Nokia, batasan sebegini demikiannya akan membataskan apa-apa perwakilan, waranti, kerosakan dan liabiliti pemberi lesen

Nokia.

Ketersediaan produk, ciri, aplikasi dan perkhidmatan mungkin berbeza-beza mengikut daerah. Untuk mendapatkan maklumat

lanjut, hubungi penjual Nokia anda atau pembekal khidmat anda. Peranti ini mungkin mengandungi barangan, teknologi atau

perisian yang tertakluk kepada undang-undang dan peraturan eksport dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Lencongan yang bertentangan dengan undang-undang adalah dilarang.

Nokia tidak memberikan waranti atau menganggung sebarang tanggungjawab untuk kefungsian, kandungan, atau sokongan

pengguna akhir bagi aplikasi pihak ketiga yang diberikan bersama peranti anda. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda

mengakui bahawa aplikasi diberikan seperti sedia ada. Nokia tidak membuat sebarang perwakilan, memberikan waranti, atau

menganggung sebarang tanggungjawab untuk kefungsian, kandungan, atau sokongan pengguna akhir bagi aplikasi pihak

ketiga yang diberikan bersama peranti anda.

Ketersediaan perkhidmatan Nokia mungkin berbeza-beza mengikut wilayah.

NOTIS FCC
Peranti anda mungkin menyebabkan gangguan TV atau radio (contohnya, semasa menggunakan telefon berdekatan dengan

peralatan penerimaan). FCC boleh meminta anda menghentikan penggunaan telefon anda jika gangguan sedemikian tidak

boleh dihapuskan. Jika anda perlukan bantuan, hubungi kemudahan servis tempatan anda. Peranti ini mematuhi bahagian 15

peraturan FCC. Operasi adalah tertakluk kepada dua syarat yang berikut: (1) Peranti ini mungkin tidak menyebabkan gangguan

yang berbahaya, dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin

menyebabkan operasi yang tidak diingini. Sebarang perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan dengan jelas oleh

Nokia boleh membatalkan kebenaran pengguna untuk menggunakan peralatan ini.

Sesetengah operasi dan ciri bergantung pada kad SIM dan/atau rangkaian, MMS atau bergantung pada keserasian peranti dan

format kandungan yang disokong. Sesetengah perkhidmatan adalah tertakluk kepada caj yang berasingan.

/Keluaran 2.3 MS

Hak cipta dan notis lain 125