Nokia C5 03 - Mengenai WLAN

background image

Mengenai WLAN

Untuk menggunakan sambungan LAN (WLAN) wayarles, ia mesti tersedia dalam lokasi

dan peranti anda mesti disambungkan kepada WLAN. Sesetengah WLAN dilindungi dan

anda memerlukan kunci akses dari pembekal khidmat untuk menyambung kepadanya.

Nota: Penggunaan WLAN mungkin disekat di beberapa negara. Contohnya, di

Perancis, anda hanya dibenarkan menggunakan WLAN di dalam bangunan. Untuk

mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pihak berkuasa tempatan anda.
Ciri yang menggunakan WLAN atau yang dibenarkan untuk dijalankan dalam latar

belakang semasa menggunakan ciri lain, meningkatkan penggunaan bagi kuasa bateri

dan mengurangkan hayat bateri.
Peranti anda menyokong ciri WLAN berikut:

IEEE 802.11b/g piawai

Operasi pada 2.4 GHz

Privasi setara berwayar (WEP) dengan kekunci sehingga 128 bit, akses dilindungi

Wi-Fi (WPA) dan kaedah pengesahan 802.1x. Fungsi ini hanya boleh digunakan jika

ia disokong oleh rangkaian.

Penting: Gunakan penyulitan untuk meningkatkan keselamatan sambungan WLAN

anda. Menggunakan penyulitan akan mengurangkan risiko orang lain mengakses data

anda.