Sambungan WLAN
Untuk menggunakan sambungan LAN wayarles (WLAN), anda mesti mencipta pusat
akses internet (IAP) untuk WLAN. Gunakan pusat akses untuk aplikasi yang memerlukan
sambungan ke internet.
Sambungan WLAN diwujudkan apabila anda mewujudkan sambungan data dengan
menggunakan pusat akses internet WLAN. Sambungan WLAN aktif akan tamat bila anda
menamatkan sambungan data.
Anda boleh menggunakan WLAN semasa panggilan suara atau paket data aktif. Anda
hanya boleh disambungkan ke satu peranti pusat akses WLAN pada satu masa, tapi
beberapa aplikasi boleh menggunakan pusat akses internet yang sama.
Kesambungan 85
Apabila peranti dalam profil luar talian, anda masih boleh menggunakan WLAN (jika
ada). Ingat agar sentiasa mematuhi sebarang peraturan keselamatan yang dikenakan
semasa mewujudkan dan menggunakan sambungan WLAN.
Petua: Untuk memeriksa alamat kawalan akses media (MAC) yang unik yang
memperkenalkan peranti ada, buka pendail dan masukkan *#62209526#.