Nokia C5 03 - Sambungan data dan pusat akses

background image

Sambungan data dan pusat akses

Peranti anda menyokong sambungan data paket (perkhidmatan rangkaian), seperti

GPRS dalam rangkaian GSM. Apabila anda menggunakan peranti anda dalam rangkaian

GSM dan 3G, berbilang data sambungan boleh diaktifkan pada masa sama dan pusat

akses boleh berkongsi sambungan data. Dalam rangkaian 3G, sambungan data kekal

aktif semasa panggilan suara.

Kesambungan 83

background image

Anda juga boleh menggunakan sambungan data WLAN. Hanya satu sambungan dalam

satu LAN wayarles boleh aktif pada satu-satu masa, tetapi beberapa aplikasi boleh

menggunakan pusat akses internet yang sama.
Untuk mewujudkan sambungan data, pusat akses diperlukan. Anda boleh menentukan

berbagai jenis pusat akses, seperti yang berikut:

Pusat akses MMS untuk menghantar dan menerima mesej multimedia

Pusat akses internet (IAP) untuk menghantar dan menerima e-mel dan

menyambung ke internet

Periksa jenis pusat akses yang anda perlukan dengan pembekal khidmat anda untuk

perkhidmatan yang anda hendak akses. Untuk ketersediaan dan langganan

perkhidmatan sambungan data paket, hubungi pembekal khidmat anda.