Persekitaran beroperasi
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan frekuensi radio dalam kedudukan biasa pada telinga atau sekurang-
kurangnya 1.5 centimeter (5/8 inci) jauh daripada badan. Sebarang sarung pembawa, klip tali pinggang atau pemegang yang
dipakai pada badan tidak seharusnya mengandungi logam dan peranti hendaklah diletakkan sejauh jarak yang disebut di atas
daripada badan.
Untuk menghantar fail data atau mesej memerlukan sambungan yang bermutu kepada rangkaian. Fail data atau mesej
mungkin tertunda sehingga sambungan demikian terdapat. Ikut arahan jarak pemisahan sehingga penghantaran selesai.