Nokia C5 03 - Hayat bateri yang dipanjangkan

background image

Hayat bateri yang dipanjangkan

Kebanyakkan ciri dalam peranti anda meningkatkan penggunaan kuasa bateri dan

mengurangkan jangka hayat bateri. Untuk menjimat kuasa, perhatikan perkara berikut.

Ciri yang menggunakan kesambungan Bluetooth, atau membenarkan ciri ini

berjalan di dalam latar belakang semasa menggunakan ciri lain, meningkatkan

permintaan pada kuasa bateri. Nyahaktifkan kesambungan Bluetooth semasa anda

tidak memerlukannya.

Ciri yang menggunakan LAN wayarles (WLAN), atau membenarkan ciri berikut

berjalan di latar belakang sementara menggunakan ciri lain, meningkatkan

penggunaan kuasa bateri. Kesambungan WLAN dinyahaktif apabila anda tidak

mencuba untuk menyambung, tidak disambungkan ke pusat akses, atau tidak

116 Mencari bantuan

background image

mengimbas untuk rangkaian tersedia. Untuk mengurangkan penggunaan bateri,

anda boleh menentukan supaya peranti anda tidak mengimbas, atau tidak kerap

mengimbas untuk rangkaian tersedia di latar belakang.

Jika anda telah memilih

Sambungan data paket

>

Apabila tersedia

dalam

tetapan sambungan, dan tiada perlindungan data paket (GPRS), peranti cuba

memulakan sambungan data paket secara berkala. Untuk memanjangkan masa

pengendalian peranti anda, pilih

Sambungan data paket

>

Apabila perlu

.

Aplikasi Peta memuat turun maklumat peta baru apabila anda beralih ke tempat

baru pada peta, yang meningkatkan penggunaan kuasa bateri. Anda boleh

menghalang muat turun automatik peta baru.

Jika kekuatan isyarat rangkaian selular berbeza di kawasan anda, peranti anda

perlu imbas untuk rangkaian tersedia berulang kali. Ia meningkatkan penggunaan

kuasa bateri.
Jika mod rangkaian ditetapkan ke mod dual dalam tetapan rangkaian, peranti

mencari rangkaian 3G. Untuk menetapkan peranti menggunakan hanya rangkaian

GSM, pilih

Menu

>

Tetapan

dan

Kesambungan

>

Rangkaian

>

Mod

rangkaian

>

GSM

.

Lampu latar paparan meningkatkan penggunaan kuasa bateri. Dalam tetapan

paparan, anda boleh menyelaraskan kecerahan paparan dan tukar tempoh tamat

masa selepas lampu latar dimatikan. Pilih

Menu

>

Tetapan

dan

Telefon

>

Paparan

>

Kecerahan

atau

Lampu tamat masa

.

Membiarkan aplikasi berjalan di latar belakang meningkatkan penggunaan kuasa

bateri. Untuk mengakses aplikasi yang anda tidak gunakan, tekan dan tahan

kekunci menu, dan pilih aplikasi.