Nokia C5 03 - Mail for Exchange

background image

Mail for Exchange

Dengan Mail for Exchange, anda boleh menerima e-mel kerja anda pada peranti anda.

Anda boleh membaca dan membalas e-mel anda, melihat dan mengedit lampiran

serasi, melihat maklumat kalendar, menerima dan membalas permintaan mesyuarat,

menjadualkan mesyuarat dan melihat, menambah dan mengedit maklumat kenalan.
Penggunaan Mail for Exchange adalah terhad kepada penyegerakan atas udara

maklumat PIM antara peranti Nokia dan pelayan Microsoft Exchange yang dibenarkan.
Mail for Exchange hanya boleh disediakan jika syarikat anda mempunyai Pelayan

Microsoft Exchange. Selain daripada itu, pentadbir IT syarikat anda mesti mengaktifkan

Mail for Exchange untuk akaun anda.
Sebelum mula membuat persediaan Mail for Exchange, pastikan anda mempunyai yang

berikut:

ID e-mel korporat

Nama pengguna rangkaian pejabat anda

Kata laluan rangkaian pejabat anda

Nama domain rangkaian anda (hubungi jabatan IT syarikat anda)

Nama pelayan Mail for Exchange anda (hubungi jabatan IT syarikat anda)

Bergantung pada tatarajah pelayan Mail for Exchange bagi syarikat anda, anda mungkin

perlu memasukkan maklumat lain sebagai tambahan kepada maklumat yang telah

disenaraikan. Jika anda tidak mengetahui maklumat yang betul, hubungi jabatan IT

syarikat anda.
Dengan Mail for Exchange, penggunaan kod kunci mungkin mandatori. Kod kunci lalai

peranti anda ialah 12345, tetapi pentadbir IT syarikat anda mungkin mempunyai set

yang lain untuk anda gunakan.

44 mesej

background image

Untuk mengakses dan mengubah suai profil dan tetapan Mail for Exchange, pilih

Menu

>

Tetapan

>

Telefon

>

Tetapan aplikasi

>

Pesanan

.