Nokia C5 03 - Profil luar talian

background image

Profil luar talian

Profil luar talian membenarkan anda menggunakan peranti tanpa menyambung ke

rangkaian selular wayarles. Apabila profil dalam talian aktif, anda boleh menggunakan

peranti tanpa kad SIM.
Aktifkan profil luar talian

Tekan kekunci kuasa sebentar dan pilih

Luar talian

.

Apabila anda mengaktifkan profil luar talian, sambungan ke rangkaian selular ditutup.

Semua isyarat frekuensi radio ke dan dari peranti ke rangkaian selular dihalang. Jika

anda cuba menghantar mesej menggunakan rangkaian selular, ia diletakkan di dalam

folder Peti Keluar untuk dihantar kemudian.

20 Peranti anda

background image

Penting: Dalam profil luar talian anda tidak boleh membuat atau menerima

sebarang panggilan, atau menggunakan ciri lain yang memerlukan liputan rangkaian

selular. Anda mungkin dapat memanggil nombor kecemasan rasmi yang diprogramkan

ke dalam peranti anda. Untuk membuat panggilan, anda hendaklah bertukar ke profil

lain terlebih dahulu.
Apabila anda mengaktifkan profil luar talian, anda masih boleh menggunakan LAN

wayarles (WLAN), sebagai contoh, untuk membaca e-mel atau menyemak imbas pada

internet. Anda juga boleh menggunakan kesambungan Bluetooth semasa dalam profil

luar talian. Jangan lupa untuk mematuhi dengan sebarang syarat keselamatan yang

dikenakan apabila memulakan dan menggunakan sambungan WLAN atau Bluetooth.