Nokia C5 03 - Mengenai kaedah penentududukan

background image

Mengenai kaedah penentududukan

Peta menunjukkan lokasi anda pada peta menggunakan GPS, A-GPS, WLAN atau

penentududukan berdasarkan rangkaian (ID sel).
A-GPS dan peningkatan lain untuk GPS mungkin memerlukan pemindahan jumlah kecil

data pada rangkaian selular.

GPS

Sistem penentududukan global (GPS) ialah sistem navigasi yang

menggunakan satelit untuk menentukan lokasi anda.

A-GPS

Perkhidmatan rangkaian GPS Dibantu (A-GPS) mengambil

maklumat lokasi dengan menggunakan rangkaian selular, dan

membantu GPS dalam mengira lokasi semasa anda.
Telefon anda disediakan untuk menggunakan perkhidmatan Nokia

A-GPS, melainkan pembekal khidmat rangkaian anda mempunyai

tetapan A-GPS tersendiri. Untuk mendapatkan data bantuan ke

telefon anda, anda perlu berupaya bersambung kepada internet.

Telefon anda mendapat data daripada perkhidmatan hanya bila

diperlukan.

WLAN

Penentududukan WLAN memperbaiki ketepatan penentududukan

apabila isyarat GPS tidak tersedia, terutama sekali apabila anda di

dalam bangunan atau di antara bangunan tinggi.

ID Sel

Dengan penentududukan berasaskan rangkaian (ID sel), Peta

mencari kedudukan anda menerusi sistem selular yang telefon

anda sedang disambungkan pada masanya.

Ketersediaan dan kualiti isyarat GPS mungkin terjejas akibat lokasi anda, kedudukan

satelit, bangunan, halangan semula jadi, keadaan cuaca dan pelarasan pada satelit GPS

Peta 73

background image

yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat. Isyarat GPS mungkin tidak tersedia di

dalam bangunan atau di bawah tanah.
Jangan gunakan GPS untuk pengukuran lokasi yang tepat, dan jangan sekali-kali

bergantung sepenuhnya pada maklumat lokasi yang diberikan oleh GPS dan rangkaian

selular.
Meter perjalanan mungkin tidak tepat, bergantung pada ketersediaan dan kualiti

sambungan GPS anda.

Nota: Penggunaan WLAN mungkin disekat di beberapa negara. Contohnya, di

Perancis, anda hanya dibenarkan menggunakan WLAN di dalam bangunan. Selepas 1

Julai 2012, pengehadan terhadap penggunaan luar bagi WLAN di Perancis ditarik balik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pihak berkuasa tempatan anda.
Bergantung pada kaedah penentududukan yang tersedia, ketepatan penentududukan

mungkin berbeza-beza dari beberapa meter hingga beberapa kilometer.