Nokia C5 03 - Pusat Video Nokia

background image

Pusat Video Nokia

Dengan Pusat Video Nokia (perkhidmatan rangkaian), anda boleh memuat turun dan

menstrim klip video melalui udara daripada perkhidmatan video internet yang serasi

menggunakan data paket atau sambungan WLAN. Anda juga boleh memindahkan klip

video anda daripada PC yang serasi ke peranti anda dan melihatnya di dalam Pusat

video.
Menggunakan pusat akses data paket untuk memuat turun video mungkin melibatkan

penghantaran jumlah data yang banyak melalui rangkaian pembekal khidmat anda.

Hubungi pembekal khidmat anda untuk mendapatkan maklumat mengenai caj

penghantaran data.
Peranti anda mungkin mempunyai perkhidmatan yang dipratentukan.
Pembekal khidmat mungkin menyediakan kandungan percuma atau mengenakan

bayaran. Periksa penetapan harga dalam perkhidmatan atau daripada pembekal

khidmat.