Nokia C5 03 - Telefon dan SIM

background image

Telefon dan SIM

Pilih

Menu

>

Tetapan

dan

Telefon

>

Pengurusan tel.

>

Keselamatan

>

Telefon

dan kad SIM

.

Pilih daripada yang berikut:

Permintaan kod PIN — Apabila aktif, kod akan diminta setiap kali peranti dihidupkan.

Penyahaktifan permintaan kod PIN mungkin tidak dibenarkan oleh sebahagian kad SIM.

Kod PIN danKod PIN2 — Tukar kod PIN dan PIN2. Kod ini hanya boleh merangkumi

nombor. Elakkan daripada menggunakan kod akses yang sama dengan nombor

kecemasan untuk mengelakkan tersalah dail nombor kecemasan. Jika anda terlupa kod

PIN atau PIN2, hubungi pembekal khidmat anda. Jika anda terlupa kod kunci, hubungi

pusat Jagaan Nokia atau pembekal khidmat anda.

Kod kunci — Kod kunci digunakan untuk membuka kunci peranti. Untuk mengelak

daripada pengguna yang tidak dibenarkan, tukar kod kunci. Kod pratetap ialah 12345.

Kod baru boleh mempunyai 4-255 aksara. Aksara abjad angka dan kedua-dua aksara

huruf besar dan huruf kecil boleh digunakan. Peranti memberitahu anda jika kod kunci

tidak diformat dengan betul. Pastikan kod baru dirahsiakan dan asingkannya daripada

peranti anda.

Tempoh kunci auto telefn — Untuk mengelakkan penggunaan tanpa kebenaran,

anda boleh menetapkan tamat masa yang mana selepasnya peranti akan terkunci

secara automatik. Peranti yang berkunci tidak boleh digunakan sehingga kod kunci

yang betul dimasukkan. Untuk mematikan autokunci, pilih

Tiada

.

Kunci jika kad SIM diubah — Tetapkan peranti untuk meminta kod kunci apabila kad

SIM yang tidak dikenali dimasukkan ke dalam peranti anda. Peranti mengekalkan satu

senarai kad SIM yang dikenali sebagai kad pemilik.

Penguncian telefon jauh — Mendaya atau menyahdaya kunci jauh.

Kumpln pengguna terhad — Tentukan sekumpulan orang yang anda boleh panggil

dan yang boleh memanggil anda (perkhidmatan rangkaian).

Sahkan khidmat SIM — Tetapkan peranti agar memaparkan mesej pengesahan

apabila anda menggunakan perkhidmatan kad SIM (perkhidmatan rangkaian).